Monday, September 26, 2011

Waaaa... My Lovely Felt dah Masuk kedai..~~~


Sukenye sukenya..!!
bila je skynet hantar barang2 ni kat opis, wah
seronok yang amat
 hehehee


cantek tak??
hehehe hak ni sik jual arr..
akan jual pada stock yg akan dtg


Indah sinar sang suria


salju di danau rindu


merah itu cinta, putih itu suci


haaaa..~~~
CP dah restock kaler felt Arc.. ngeee best woo.. :)
size a4/2 hehehe, CP beli sikit2 ajerk.,.~~

plan masa akan datang nak jual la. hehehe 
tiba giliran CP nak jadi supplier
 konon.. hahaha
well tak jadi masalah kan kalau CP nak buat jualan.. :)




Sunday, September 25, 2011

Rindu~~~ Rindu~~~ Rindu Lagi~~~

Kota Kinabalu, Sabah..~~
haaa entry kali ni CP nak kisahkan sal KK. actually dah lepas dah pun n sebelum ni pun ade gak entry sal ni, tapi, tak tau lah, dah 2 bulan berlalu, tapi ianya macm baru je semalam. hahahahahha
rindu giler sebenarnya + tak puas kesana, itu yg sebenarnya yang terbuku dalam hati CP ni ha. Tatkala bersendirian tu, mesti automatik akan terimbas kembali. wahahahaha...~~~


KING PARK HOTEL

haaaaa...~~ ni lah hotel yg CP nginap ari tu, hehehehe semuanya ade 13 tingkat. heheheh bestt woo..... d tgh bandaraya, memang best la.. :) rasa sedih nak tinggalkan nye ari tu, sebab yer la kan, memang bersebab.. wakakakka (ade makna ke tu??) hahahaha
 ye kuttt tak pasti, kalau masa tu bleh d ulang semula la kan, CP nak je, lambatkan jam. memang di hari 1 tu, CP rasa sedih,. tapi alhamdulillah hari ke2 n seterusnya, CP boleh!!

ermmmmm hihihih.... rendu lagi la... ingat lagi siang 22 July tu hujan lebat melanda bandar KK, hingga ke petang, panas kejap je, pastu hujan la petang tu, ehhehehe
citer balik wahh rindu plak, heheh walaupon penat merayau tapi akhirnya kitorang pun sampai ke Hotel, so bile dah penat tu, apa lagi, dok mandi, n zzzzzzz... sebab bersiap2 esok dah nak balik... hehehehe
 apa yang CP boleh katakan  AKU RINDU YANG TERAMAT huhuhuhu.... tapi nak citer la dlu masa 21 & 22 July tu, hehehe, sebab 23 july dah takde citer dah, (dah sampai Labuan dah pon) hehehehe, 21 & 22 july tu, kitorang boleh dikatakan shopping sakan la weyyy.. sedey2 pon shopping gakss hahhahaha.... rindu kan... ngugugugugu...~~~~
Insyaallah jika dimurahkan rezeki CP nak lagi, kali ni bukan 1 day, bukan 2 days, but 2 weeks.. wuhuhuhuhu..~~~ baru beshhhh~

Saturday, September 24, 2011

haaaaaa~~~~~ dunia flower

bunga bunga cinta

ku kutip kemboja itu, lalu ku sematkan ia  di jemari seni ku

RM 3.00 each
nak ker???
sila komen..

Friday, September 23, 2011

Bunge Nak Masuk Kedai


haaaaa....
lawa tak? lawa tak??
sape nak??
simpan komen yer.. :)
hehehehe
ni semua nak masuk kedai daaa

Asslamualaikum Dunia.. :)

Bertemu kita di pagi Jumaat yang indah ini,  alhamdulillah, hari ni, adalah minggu last CP bercuti, rasanya terlalu cepat masa tu berlalu, uhuhuxxx, terasa sedih nak tinggalkan barangan kraf CP dan bersediakah CP nak kembali memulakan tugas?

Ermmmmmmm amat payah  untuk CP nak mulakan, orang kata bila kita dah berpengalaman bekerja ni, akan lebih baik, huhuhu rupanya lebih tension dari yang dulu, terkadang CP teringat masa CP keje kat under school, rasa rindu mula menjengah di kalbu, sedih pilu semua bermain kat hati ni, kalau dulu, se stress mana pun CP tapi, CP tetap terhibur, tapi kali ni, aduhaiii CP betul2 rasa sunyi yooo..~~~`

Kali ni CP rasa betul2 tahap kesabaran CP dah max, rasanya tak sanggup CP nak teruskan, sebab tu lah CP berusaha untuk menari supplier craft yang boleh menjual barangan kraftangan yang lebih murah, dan CP ingin mencuba dalam dunia perniagaan CP sendiri, ya, memang pun banyak risiko, tapi tak salah kalau kita nak mencuba bukan? tak kenal maka tak cinta.. wawawawa.... jadikan kritikan itu sebagai pembakar semangat untuk CP terus mara ke hadapan.

TEKANAN sentiasa berlaku, hari2 huhuhu, CP masih ingat lagi, masa CP keje under school dlu, ye la, tekanan tetap ada, tapi tak la mcm ni, huhuhu.. ni aduhaiii... kite junior kan, so rasanya di belakangkan la kut.. huhuhu.... xkisah la kalau xde jasa kat sana, yang penting CP bebas dari tekanan, bukan lah kata, kita wat kraf tak tekanan kekadang tekanan juga dmana para customer yg tak kan faham keje kita, tapi, rasanya tekanan tu, mungkin tak secara langsung. Faham ta? apa yg CP maksdkan 'Bukan Secara Langsung?'

Terkadang bila dah berada kat ofis tu, rasa nak teriakkkk n nangis je, huhuhu..mungkin klu korang berada kat tempat CP mesti korang akan rasa juga. huhuhu.. bebanan tu hati, lagi pun CP tak suka, kesalahan yg CP buat dibabitkan dengan masalah peribadi, "ITU BUKAN SAYA" personal is personal, n work is work,
CP tak suka masalah peribadi dibabitkan ngan masalah keje,  its means, (JANGAN JADIKAN PERIBADI SAYA SEBAGAI ALASAN KESILAPAN KERJA SAYA) terkadang CP ingin menyuarakan hasrat macam tu juga, tapi belum tiba masanya kut.

Kali ni, mungkin CP akan nekad amik keputusan 'RESIGN' insyaallah rezeki ada dimana2, bukan nak kata sombong, TIDAK sama sekali, cuma ke'STRESS'an berlaku, orang akan kata, amik uti untuk release tension, tapi bagi CP tidak... kalau terlampau layan boleh jadi GILA.

Kurang kerjasama? mungkin la juga, CP sendiri kurang pasti, CP nak teruskan dunia jahitan hingga lah CP berjaya 1 hari kelak, takde yang mustahil di dunia ni kan..~~~
cuma dari diri kita sendiri, nak maju ikut jalan yang mana, kalau kita malas maknanya takde la, tapi kalau kite rajin insyaallah rezeki berada dipihak kita.

CP tak nak cakap banyak lah pasal ni, cukup takat ni jak kmk post, mun diikut bena2 sakit hati tok, uhuhu.. & aktiviti ari tok mok molah bunge mok jual kat jualan gerai, sapa2 nok ada gerai tok, email CP, mok tumpang sekali. hihii..~~~~

Thursday, September 22, 2011

Cinta Aku!!!!

Hari ni aku bosan sesangat, huhuhu, kebosanan melanda jiwa dan bila dah sensorang tu, mulalah terimbas kembali kenangan lama. b4 that CP nak madah kitak smua, actually CP masih dalam sesi percutian, CP cuti 2weeks, CP nak tenangkan hati dan fikiran dari terus dirundung masalah dan tekanan.

Pada mulanya, CP nak amik keputusan untu meletakkan jawatan, tapi CP batalkan sebab ekonomi CP belum stabil sangat, so, bila dah agak stabil, CP rasa elok lah kalau CP resign sahaja. Lagipula, kesihatan CP belum memadai lagi, sakit yang teramat telah menghalang untuk CP terus pergi opisc. huhuhuhu...

Sekarang, sekiranya ekonomi CP dah mula stabil, rasanya CP nak buat bisnes kraf CP secara berterusan, bukan lah ingin menarik diri dari bidang Const. tapi memandangkan masa untuk CP ber 'handmade' terlalu limited, so, CP rasa lebih baik CP teruskan niat CP utk memilih bidang kerjaya CP sebagai seorang crafter.

Apa yang CP perlu buat adalah, mendaftarkan nama syarikat CP ke SSM, insyaallah, sebelum CP resign, CP nak settlekan dlu nak buat loan kereta, ia memudahkan CP 1 hari kelak, huhu memang berat rasanya untuk mengundurkan diri, tapi apakan daya, disebabkan keadaan sekeliling memaksa, rasanya CP tak kuat utk meneruskan. Bukan lah nak mengalah, cuma CP dah betul2 tekanan. Jalan terakhir yg CP jumpa ialah 'RESIGN' itulah jalan terakhir yg bermain d fikiran CP.

Memang CP akui, bukan selalu kita dapat customer, tapi insyaallah kalau kita tak putus asa, mungkin tak ramai tapi tetap ada insyaallah, kena yakin dengan rezeki yang Allah beri. Eermmmm cuma sekarang ni, CP kene fokus utk 3 months ajer, nak buat loan, dah settle mungkin rasanya, selepas tu, CP akan amik jalan RESIGN utk focus ke jualan kraf CP, cukup la tuk bayar bil broadband dan bayar bil astro n cukup makan ok la, asal kan takde tekanan yang berlaku. Mungkin sebagai seorang crafter sentiasa bertarung dengan masa, kalau yang sepenuh masa housewife xper la juga, tapi jangan pandang sebelah mata sebab mereka pun ada tanggungjawab utk keluarga.

Cinta CP pada kraftangan felt memang xdapat dipisahkan, memang sebati dan abadi dalam diri CP, so walaupun xde customer tapi CP akan buat utk CP tumpang jualan. :)

Bunge Lagi...~~

haiii...nampaknya dah demam bunga kemboja dah ni. :)
hari ni CP cipta lagi 2 kuntum bunga kemboja.. :)
hehehe best tau.... :)

dan pada yang berminat untuk menempah silakan comment ye... :)
ataupun email je terus kat email yg CP sediakan tuh.. :)


nak beli??
jom2 order, haaa yg ni xde sape lg yg punye.
so klu nak jum comment, :)
harga RM 3

Wednesday, September 21, 2011

Order dari Nur Zuraidah


RM 3 each.. :)
ni order dari customer CP

Munge... Mungee Cinteee


cantek tak?
hehehehe chomei kan


ini salah 1 brooch.. :)

haa untuk bunga ni, u all boleh pilih sama de nak buat klip atau pun brooch
yer... :) just pilih kaler
dan bgtau je, nak buat hair klip ataupun buat brooch okay..

c ya

Hair / Shawl Clip


RM 3.00

maaf ye, warna agak tak cantik sebab camera ade masalah le pulakk..~~
huhuhuhu
sorry erkkk....
tapi still boleh nampak lagi kan..
still  tak sihat sepenuhnya.. sebab tu la..~~


Cinta Muka Buku - Najwa Latif [video lirik]

Thursday, September 15, 2011

Order dari Erniey Zainuddin


Order dari erniey
even kurang sihat, sy siapkan juga ye.. :)
malas nak tulis entry banyak sangat, 
penat letih.. :(
lenguh

Wednesday, September 14, 2011

Soal Jawab PraPerkahwinan

Apa itu CINTA?

Cinta adalah emosi manusia yang universal. Cinta juga sejenis perasaan tersendiri yang dilahirkan dalam bentuk tingkah laku. Ia sukar didefinisikan dengan tepat kerana ia bergantung pada konteks rujukan. Malah, ajaran Islam juga menuntut umatNya supaya menyayangi diri sendiri dengan tidak melakukan perkara mungkar, mengasihi dan menyayangi saudara seagama juga makhluk Tuhan yang lain seperti haiwan dan tumbuhan.

Dalam konteks PRAPERKAHWINAN, cinta adalah suatu perasaan yang wujud dalam diri individu apabila dia menyukai orang yang berlainan jantina atas sebab tertentu seperti kecantikan paras rupa, kebaikan hati budi, kebijaksanaan, kesihatan fizikal, kemesraan dan keramahan mulutnya. Seseorang juga boleh jatuh cinta disebabkan oleh faktor lain seperti sosioekonomi, bangsa, agama dan pendapatan.

Lelaki dan wanita mempunyai cara yang tersendiri dalam meluahkan perasaan cintadan menyatakan komitmen dalam sesebuah perhubungan intim. Pada umumnya lelaki lebih mementingkan aspek instrumental seperti kaum wanita lebih mementingkan aspek emosional iaitu perkara yang berkaitan dengan pendapatan, perkongsian rahsia peribadi dan komunikasi.

Cinta adalah aspek penting dalam kehidupan. Oleh kerana itu, cinta memainkan peranan yang besar dan kesannya begitu kritikal ke atas kehidupan. Ini kerana ada individu yang sanggup mengorbankan masa, tenaga, harta benda demi cinta. Malah ada juga segelintir individu yang sanggup mengorbankan maruah dan nyawa demi cinta yang dianggap begitu sejati. namun sejauh manakah kita dapat mengetahui bahawa cinta itu sejati, ikhlas ataupun hanyasekadar mainan kehidupan, kepuasannya 'JENIS CINTA'