Monday, September 07, 2009

.:Info Pemakanan Sihat:.

khasiat Buah Organik

syabas jika anda telah terbiasa melengkapkan menu makanan harian dengan menikmati buah-buahan. Selain mengandungi nutrisi penting, buah-buahan seperti limau, epal dan pir memiliki banyak serat yang baik untuk kesihatan badan anda khususnya bagi melancarkan pencernaan. Apa kata sekali anda cuba menikmati buah-buah organik pula. Harga buah organik memang agak mahal berbanding buah biasa. Namun, kerana bebas bahan kimia dan sebagainya, maka buah-buahan organik ini nyata lebih berkhasiat. Beberapa penelitian jga membuktikan bahawa buah organik mengandungi kandungan nutrisi lebih tinggi berbanding buah biasa. Malah rasanya juga lebih segar dan crunchy.

Rutin Pagi

Mulakan hari anda dengan segelas air suam bersama sehiris lemon berbanding secawan kopi atau teh. Ini membantu mencuci hati yang pada ketika itu fumgsinya aktif. selain itu, ia merangsang sistem pencernaan dan menjadikan lebih bertenaga. Lemon juga berfungsi membersihkan usus dan mempercepatkan proses penyingkiran toksin.

Jus Untuk Daya Ingatan

Biasakan diri anda untuk menikmati jus sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu,khususnya pada waktu pagi.anda boleh menikmati jus sayur-sayuran mahupun jus buah-buahan.menurut 1 kajian yang dilakukan di Universiti Vanderbilt terhadap 1600 orang,dengan membiasakan diri menikmati jus individu dapat mengurangkan 76% masalah tidak mampu mengingat.pastikan dalam jus anda itu mengandungi 'polyphenols' yang 1005 terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran.


ketahui Zat Telur

telur adalah bahan makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh.boleh dihidangkan sebagai lauk dan turut digunakan sebagai salah satu bahan adunan kuih muih,mee dan sebagainya.telur adalah sumber protein yang relatif murah.malah telur juga mengandungi choline,zat yang diperlukan oleh tubuh supaya kekal sihat terutama untuk perkembangan otak dan daya ingatan individu.

No comments:

Post a Comment

terima kasih