Monday, September 07, 2009

Keunikan Kejadian Lelaki Dan Perempuan

Perkahwinan adalah suatu perkongsian hidup antara lelaki dan perempuan. Tuhan mejadikan lelaki dan perempuan hidup berpasang-pasangan kerana kedua-duanya saling memerlukan, saling bergantung dan saling melengkapi antara satu sama lain dalam pelbagai aspek kehidupan.



Walau bagaimanapun, dalam berkongsi hidup, banyak peristiwa pahit dan manis yang pasti diharungi bersama. Tekanan, konflik dan krisis adalah lumrah hidup berumahtangga kerana setiap manusia mempunyai keinginan, keperluan dan kehendak yang berbeza.



Oleh yang demikian, demi mencapai hubungan yang harmoni dan bahagia dalam perkahwinan, setiap individu perlu mengenali diri sendiri, tahu berkenaan sifat umum kaum sejantina dan kaum yang berlawanan. Pengetahuan sebegini berupaya menambahkan persediaan daripada aspek psikologi apabila seseorang itu memasuki gerbang perkahwinan.

No comments:

Post a Comment

terima kasih