Monday, September 07, 2009

Memilih Pasangan

Pilih pasangan adalah proses paling penting dalam kehidupan seseorang. Ia juga adalah proses pertama sebelum mewujudkan hubungan yang lebih rapat. Ia menentukan dengan siapa orang itu akan hidup bersama untuk berkasih sayang, berkongsi susah senang sepanjang hidupnya. Pemilihan pasangan yang tepat dapat menjami kebahagiaan perkahwinan dan kesejahteraan keluarga dan jika sebaliknya,ia dapat menimbulkan konflik yang berpanjangan dan seterusnya mengakibatkan keruntuhan rumahtangga.



Faktor Agama;



Individu digalakkan mencari pasangan yang seagama.

ini bertujuan memudah kan proses penyesuaian apabila mereka

berkahwin kelak. Malahan, bagi memilih bakal suami,

wanita juga digalakkan mencari lelaki yang soleh, tajam pemikiran

dan mempunyai pendidikan agama yang sempurna

supaya suami dapat membimbing isteri dengan baik

dan memberi nafkah yang sewjarnya.

Kebiasaannya, pihak orang tua memikirkan

asal usul keturunan dan harta

tetapi jarang menitikberatkan soal keimanan.

Sesungguhnya rupa paras dan harta tidak kekal lama

jika dibandingkan dengan iman yang mampu bertahan

walau jasad sudah di mamah usia.

Antara kelebihan orang yang beriman adalah hatinya lebih tulus,

kesabarannya tinggi dan tingkah lakunya lebih mulia.


Walau bagaimanapun, tidak salah memilih pasangan

yang berlainan agama ataupun bangsa untuk

dijadikan teman hidup dan ini dikenali sebagai

perkahwinan campur.

Namun, bagi individu beragama islam

yang ingin mengahwini

pasangan bukan islam, pasangan itu haruslah memasuki

agama islam terlebih dahulu.

Malahan, perkahwinan campur dikatakan mampu

meluaskan jaringan sosila lebih-lebih lagi

dalam negara Malaysia yang mengamalkan masyarakat majmuk.

Isu yang timbul disini adalah proses penyesuaian yang lebih

rumit perlu dilakukan oleh

pasangan kahwin campur demi menjamin kejayaan perkahwinan

itu.


Fakta Sains

Menilik Minda Pasangan


Adakah pasangan saudara seorang yang kidal? seorang yang kidal (dominan tangan kiri) sebenarnya mempunyai kelebihan dalam aspek kemahiran tertentu seperti imaginasi, visual dan muzik. Ini kerana individu yang dominan tangan kiri lebih mendominasi bahgian kanan ini terletak kemahiran tertentu seperti kenal pasti corak, wajah, melodi dan melukis, bahsa mudah dan nombor serta boleh merasai perasaan orang lain.

No comments:

Post a Comment

terima kasih